ISKANDAR PUTERI: Kejadian tanah mendap di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas, di sini, yang tular di media sosial, tidak membabitkan kemalangan jiwa.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd. Noh yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 2.09 petang, Sabtu.
Katanya, mendapan berlaku di sepanjang 25 meter kawasan jalan raya utama di lokasi kejadian.
"BBP Iskandar Puteri menggerakkan tujuh anggotanya bersama sebuah jentera ke lokasi yang dilaporkan berlaku mendapan.
"Pemantauan telah dijalankan oleh anggota bagi penilaian risiko dan memastikan keadaan sekeliling selamat.
"Kerja selanjutnya diserahkan kepada pihak polis untuk mengawal lalu lintas di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Pengurusan Forest City dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya akan melakukan siasatan penuh berhubung kejadian tanah mendap terbabit.
Katanya mereka juga akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan berhubung kejadian tersebut.
"Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi, sebaik sahaja dimaklumkan, Forest City telah menghantar pasukan teknikal ke lokasi kejadian selain turut memaklumkan pihak berkuasa.
"Siasatan akan dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Projek baik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui media sosial Forest City dari semasa ke semasa," katanya.
Muhammad Aiman Hakeem
Sun Jul 23 2023
Mendapan berlaku di sepanjang 25 meter kawasan jalan raya utama di lokasi kejadian. - Foto: Bomba
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan
Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan
Jambatan Sungai Musah ditutup kepada orang ramai
Kerosakan jambatan sepanjang 166 meter dan selebar 11.2 meter itu dikesan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Tanah mendap: Laluan dibuka semula, patuhi had laju - ANIH Berhad
ANIH Berhad turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi had laju yang ditetapkan dan berhati-hati semasa memandu di kawasan tersebut.
Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka
Sebahagian laluan KLK yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur.
Tanah mendap di Iskandar Puteri, jalan alternatif siap dibina
Jalan alternatif sepanjang satu kilometer itu telah siap dan dibuka kepada orang ramai mulai 11.40 pagi tadi.
Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.
Laluan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas mendap
Pengurusan Forest City dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya akan melakukan siasatan penuh berhubung kejadian tanah mendap terbabit.
Pantai barat Sabah dilanda banjir kilat, tanah runtuh dan mendap
Beberapa kawasan di pantai barat Sabah dilanda banjir kilat, tanah runtuh dan tanah mendap akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam pada lewat petang ini.
Penduduk bimbang tanah mendap makin melebar
Kejadian tanah mendap di kawasan itu pada Oktober tahun lalu itu membimbangkan penduduk berikutan ia turut melibatkan rekahan di jalan raya yang mungkin boleh menjejaskan kediaman mereka.
Laluan ditutup akibat tanah mendap di Kuantan
Siasatan awal mendapati, jambatan di lorong berkenaan runtuh akibat paip air pecah sehingga menyebabkan tanah mendap.